Hidroponik Atau Konvensional?


Sejak berpindah ke rumah baru pada awal bulan lepas, saya terus menyambung aktiviti pertanian saya. Usaha ini adalah permulaan sahaja kerana ada banyak lagi perancangan lain yang lebih besar daripada ini.

Saya sudah mula ada kebun sayur mini di belakang rumah, namun nanti saya ceritakan semuanya. Saya ingin fokus kepada bab hidropnik pada kali ini.

Selain bertanam secara konvensional, saya juga ada mencuba untuk menanam sayuran secara hidroponik. Kita sedia maklum, kaedah menanam menggunakan medium air dan medium tanah adalah dua kaedah yang berbeza, namun bermatlamat yang sama iaitu untuk menghasilkan tanaman yang tumbuh subur.

Hidroponik Secara Ringkas


Menanam secara hidroponik sesuai ditanam di mana-mana sahaja bahkan di kediaman bertingkat (flat) pun boleh selagi ada sumber cahaya matahari sebagai agen pembesaran tumbuhan. Selain itu, kita mudah untuk mengawal penyakit dan kaedah pemberian baja yang senang.



Asas tanaman hidroponik menggunakan air sebagai medium tanaman dan secara langsungnya baja yang digunakan adalah baja jenis cecair yang popular dipanggil 'AB Mix'. Sukatan baja A dan baja B digunakan bergantung kepada jenis tanaman dan kadaran yang digunakan adalah unit PPM (parts per million).

[caption id="attachment_164" align="alignnone" width="960"]Baja Cecair AB Mix Baja Cecair AB Mix[/caption]

Jika tanaman di tanah, jika diserang penyakit kita tidak boleh memindahkannya sesuka hati. Namun dengan kaedah hidroponik, kita boleh mengalihkan tanaman di tanam di dalam netpot ke mana-mana saja jika perlu untuk dikuarantin.

Konsep tanaman hidropnik ada yang kenal sebagai 3T iaitu, tanam, tinggal dan tuai. Ada benarnya konsep tersebut kerana penjagaan tanaman ini adalah minima sahaja. Cuma dalam beberapa keadaan seperti perubahan cuaca (jika tanaman di tanam secara terbuka) akan memberi impak pada tanaman kerana panas yang keterlaluan dan air hujan memasuki netpot akan mempengaruhi kepekatan baja. Maka, kaedah penyelamat adalah membina Rumah Pelindung Hujan (RPH) atau Rumah Hijau untuk mengelakkan masalah ini.

Jika kawan-kawan ingin belajar seperti saya, saya bergurukan Youtube sahaja. Ada banyak 'channel' yang menarik untuk diikuti dan kebanyakkannya adalah dari rakan kita di Indonesia.

Seterusnya nanti pada entri akan datang, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut mengenai penanaman hidroponik. Ada beberapa projek yang akan saya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri.

Jom SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE Saya!