Persediaan menanam Kangkung Hidroponik.
Manakala kos untuk menanam adalah sangat minima kerana menggunakan barang yang sediaada di rumah. Cuma perlu membeli biji benih dan baja cecair AB Mix sahaja.
[caption id="attachment_164" align="alignnone" width="960"] Baja Cecair AB Mix[/caption]
Proses menuai saya akan pilih bahagian yang muda sahaja dan biarkan sulur ada daun muda untuk membesar bagi tuaian yang akan datang. Jadi, setiap takungan akan dituai dua kali. Sesuai dengan keperluan keluarga kami.
[caption id="attachment_187" align="alignnone" width="800"] Biji benih kangkung yang digunakan.[/caption]
Pemilihan Bekas Yang Sesuai.
Saya menggunakan baldi dan bakul plastik sediaada di rumah. Saiz bakul perlulah sama besar dengan saiz baldi supaya bakul tidak terjatuh ke dalam baldi.
Kesilapan saya pada kali pertama menanam adalah salah pilih bakul yang terlalu kecil lubangnya dan menyebabkan akar kangkung tidak dapat membesar dengan sempurna.
Manakala air yang yang digunakan sebaiknya adalah air hujan yang bebas klorin. Namun saya terpaksa menggunakan air paip kerana tiada pilihan lain.
[caption id="attachment_188" align="alignnone" width="800"] Bekas yang digunakan baldi dan bakul plastik yang diisi air.[/caption]
[caption id="attachment_189" align="alignnone" width="800"] Biji kangkung dibiarkan berendam sedikit atau pastikan ia lembab supaya mudah bercambah.[/caption]
Pada peringkat awal percambahan kangkung, sebaiknya dielakkan terkena matahari berterusan seharian. Selain air dalam bekas akan panas, ia juga akan tersejat oleh matahari.
Pada peringkat ini, saya letakkan takungan terkena cahaya matahari pagi sehingga pukul 11.00 pagi.
[caption id="attachment_190" align="alignnone" width="800"] Biji kangkung mula bercambah.[/caption]
[caption id="attachment_191" align="alignnone" width="800"] Akar kangkung pada usia 3 hari.[/caption]
Apabila usia kangkung masuk seminggu, saya tambahkan baja AB Mix dengan kepekatan 800ppm. Kepekatan baja cecair disukat dengan alat TDS Meter. Pada peringkat ini, saya biarkan ia terkena matahari seharian.
Jika ada rumah pelindung hujan lagi baik kerana sayuran akan bebas dari terkena terus cahaya UV matahari.
[caption id="attachment_192" align="alignnone" width="800"] Kangkung pada usia 7 hari.[/caption]
[caption id="attachment_193" align="alignnone" width="800"] Akar kangkung pada usia 7 hari.[/caption]
[caption id="attachment_195" align="alignnone" width="800"] Takungan (air paip) sebelum ditambah baja cecair.[/caption]
[caption id="attachment_194" align="alignnone" width="800"] Bacaan meter TDS selepas ditambah baja cecair AB Mix.[/caption]
Penjagaan Kangkung Dalam Baldi
Kalau diceritakan mengenai penjagaan, ianya mudah sahaja kerana perlu menambah air takungan apabila kurang.
Jika daun menguning, sila semak kandungan baja cecair samaada terkurang atau terlebih kepekatannya.
Semakin besar kangkung maka semakin cepat air takungan akan berkurangan. Pastikan takungan tidak terdedah dengan air hujan. Jika terdedah dengan air hujan, kepekatan baja cecair akan berkurangan juga.
Menjelang usia kangkung empat belas (14) hari kepekatan baja cecair dipertingkatkan lagi kepada 1000ppm.
[caption id="attachment_197" align="alignnone" width="800"] Kangkung berusia 18 hari.[/caption]
Menuai Kangkung Dalam Baldi.
Tempoh masa sesuai menuai kangkung adalah kurang dari tiga puluh (30) hari namun ia bergantung kepada selera masing-masing.
Saya sendiri 'sengaja' membiarkan kangkung yang ditanam melebihi satu (1) bulan kerana banyak sulur baru bercambah di bahagian bawah batang yang tua dan berakar.
[caption id="attachment_198" align="alignnone" width="800"] Kangkung berusia 30 hari.[/caption]
[caption id="attachment_199" align="alignnone" width="800"] Sayur kangkung yang dituai, sedikit tapi cukup untuk kami makan tengah hari.[/caption]
[caption id="attachment_200" align="alignnone" width="800"] Selepas tuaian pertama. Sebahagian akan dituai seminggu lagi.[/caption]
Saya berpuas hari kerana dapat merasa sayur tanpa racun serangga dan hasil dari tangan sendiri.
Ada bermacam-macam sayur dalam proses semaian dan sudah dipindah tanam ke tanah. Saya memilih tanaman di tanah dan hidroponik untuk mengkaji tahap kecepatan sayur untuk matang dan serangan makhluk perosak. Banyak perkara yang perlu dipelajari.
Saya akan kongsikan lagi pengalaman saya kepada anda pada entri akan datang.
Subscribe Channel YOUTUBE saya!
6 Comments
Saya baru cambah sayur Kangkung yang lebihan kerat batang akar rendam ke dalam air.
ReplyDeleteSaya dan isteri merancang tanam sayur dari lebihan keratan sayur.
Bahagian akar yang dipotong tidak dibuang dan akan dicambah sebelum pindah ke Planting Tray.
Kami tak guna cambahan biji benih.
boleh pelbagaikan cara menanam. keratan batang kalau kangkung mudah hidup
ReplyDeleteSatu genggam tu kalau makan untuk dua atau tiga orang memang dah lebih dari cukup tu :O
ReplyDeletebenar sekali, untuk keluarga saya mmg dah cukup
ReplyDeletebagaimana nk dapatkan benih AB
ReplyDeletebaja AB boleh beli di Shopee atau Lazada
ReplyDelete