17 Khasiat Bayam Brazil - Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak 'group' di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.





Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.





Khasiat Bayam Brazil





Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,






  1. Melawan kanser

  2. Mengekalkan kesihatan mata

  3. Sumber vitamin K

  4. Menguatkan tulang

  5. Membantu menurunkan berat badan

  6. Meningkatkan sistem imuniti badan

  7. Membantu sistem penghadaman

  8. Mengelakkan daripada sembelit

  9. Membantu melancarkan darah

  10. Mencegah anemia

  11. Mengatasi masalah gusi

  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran

  13. Mengekalkan stamina

  14. Mengekalkan kesihatan mulut

  15. Mengikat kalsium

  16. Mencegah penuaan pramatang

  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung





Cara Menanam Guna Keratan Batang






[caption id="attachment_437" align="alignnone" width="2048"]Bayam Brazil Bayam  yang saya tanam.[/caption]

Pendapat peribadi saya, ianya amat senang ditanam menggunakan keratan batang.






Batang yang dipilih mestilah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang.





Sediakan medium tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polibeg yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan/letakkan di tempat yang redup.





Siram dengan air yang cukup pagi dan petang.





Pada masa akan datang saya akan mencuba menanamnya menggunakan kaedah hidroponik.


Video Cara Menanam


https://www.youtube.com/watch?v=ypW0HgqZTsA


SUBSCRIBE Channel Saya YA!!





Cara Makan Bayam Brazil





Cara masak bayam ini adalah dimasak sup dengan suhun, gulai lemak, masak tumis, goreng belacan dan goreng tepung. Selain itu, ianya boleh dijadikan sebagai ulaman segar.


Saya sendiri sudah mencuba dan sememangnya ianya sedap dan rangup dimakan segar.


https://www.mustaffayas.in/resipi-bayam-brazil-goreng-belacan





Anda boleh Googlekan resipi yang terperinci dan boleh cuba sendiri. Saya sendiri baru mencuba masak tumis dan ia menjadi kegemaran kami sekeluarga.





Anda boleh rujuk Kategori Pertanian untuk maklumat lain ya.





Kredit: Facebook