Kebun Hidroponik yang pertama di Kota Belud saya rasa kini bakal menjadi viral dan buah mulut penduduk sekitarnya kerana kaedah penanaman yang agak asing menggunakan kaedah hidroponik. Persekitaran di kebun hidroponik tunggal ini adalah kawasan tanah berpasir dan penduduk sekitarnya menanam tembikai dengan kaedah konvensional iaitu tanaman di tanah.
Ini adalah kali kedua saya melawat ke sini. Saya sangat teruja dengan semangat dua sahabat saya yang mengusahakan tanaman tembikai hidroponik walaupun tanpa cukup pengetahuan mengenai penanaman hidroponik, mereka kuat belajar dan memahami kaedah penanaman ini dan sangat cekal untuk menempuh cabaran mendatang.
Saya cukup bertuah kerana dapat bertukar-tukar idea dengan mereka yang sememangnya sudah lama dalam dunia agro. Mereka sangat berpengalaman dan saya boleh belajar sesuatu dari mereka.
[caption id="attachment_692" align="aligncenter" width="300"] Arrizq Farm, Kg. Kulambai Kota Belud[/caption]
Kebun hidroponik mereka diberi nama Arrizq Farm yang terletak di Kg. Kulambai Kota Belud.
Musim Pertama Sebagai Tempoh Percubaan
[caption id="attachment_687" align="aligncenter" width="600"] Saudara Zainnudin semasa musim pertama (percubaan).[/caption]
Sahabat saya memberitahu, musim pertama adalah musim percubaan sahaja. Bilangan pokok yang ditanam juga tidak banyak. Tempoh ini dianggap sebagai tempoh 'suai-kenal' sahaja. Namun hasilnya, siapa sangka memberi pulangan yang berbaloi.
Musim pertama penanaman tembikai di kebun ini memberikan banyak pelajaran dan pengalaman baru. Lebih kurang 60% penjimatan tenaga, masa dan kos operasi berbanding penanaman konvensional. Tiada timbul isu untuk membaja dan menyiram kerana ianya dibuat secara automatik. Manakala kerja merumput pula memang tidak perlu kerana lantai rumah hijau dilapis dengan helaian plastik. Cukup mudah dan tidak memerlukan pekerja yang ramai.
Rumah Hijau Maksimumkan Pengeluaran Hasil
[caption id="attachment_688" align="alignnone" width="800"] Rumah hijau Di Arrizq Farm, Kg. Kulambai Kota Belud[/caption]
Pembinaan rumah hijau sangat membantu terutamanya dari kawalan serangan penyakit dan petumbuhan tanaman tidak terganggu kerana hujan. Ini bermakna pengeluaran hasil dapat dimaksimumkan.
Kos pembinaannya memang agak besar namun berbaloi dengan hasil pengeluarannya. Untuk jangka masa panjang ianya sangat menguntungkan berbanding tanaman di tanah terbuka. Serangan penyakit lebih tinggi dan penggunaan kawalan racun kimia terpaksa dibuat.
[caption id="attachment_691" align="alignnone" width="800"] Sebahagian hasil musim pertama.[/caption]
[caption id="attachment_699" align="alignnone" width="800"] Buah tembikai dari kebun hidroponik.[/caption]
Menurut sahabat saya, hasil untuk musim pertama amat memberangsangkan dan mereka meneruskan projek penanaman hidroponik ini untuk musim kedua dan rumah hijau juga telah ditambah keluasan dengan pertambahan takungan (netpot).
Hasil musim pertama cukup baik sambutan dari penduduk sekitarnya.
[caption id="attachment_689" align="aligncenter" width="600"] Bibit untuk tanaman musim kedua.[/caption]
Rakan-rakan pembaca blog saya boleh berkunjung ke sana bila ada masa terluang dan berilah sokongan kepada sahabat saya. Mereka sebagai perintis penanaman hidroponik besar-besaran di Kota Belud.
Tanaman yang bebas tanpa racun serangga sebagai jaminan tanaman ini selamat dimakan tanpa was-was.
Lokasi Kebun Hidroponik
Peta: Arrizq Farm, Kg. Kulambai Kota Belud
Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.
Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!
4 Comments
Tak sangka tembikai pun boleh ditanam secara hidroponik. Hasil buah pun nampak elok.
ReplyDeletememang boleh dengan cara yang betul
ReplyDeleteKedai di Kota Kinabalu boleh beli peralatan Hydroponic Farming
ReplyDeletebyk kedai ada jual.. di Tuaran pun ada
ReplyDelete