9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam)

Buah Black Sapote atau nama saintifiknya Diospyros nigra kini semakin viral. Ada beberapa buah iklan menular di Facebook sehingga saya sendiri tertarik dengan buah ini.  Buah ini adalah spesis persimon yang berasal dari Mexico.

Ianya agak baru di Malaysia namun sudah mula ditanam di Indonesia sejak tahun 2006. Rasanya seperti seaakan-akan puding coklat menjadikan ianya mahal. Benih anak pokok yang dikenali juga  sebagai 'Buah Sawo Hitam' atau  'Buah Puding Coklat' ini di negara kita boleh mencecah harga sehingga RM250 sepokok.

Pokok yang matang boleh membesar sehingga 25 meter tinggi dan ianya mempunyai daun yang hijau gelap berkilat. Pokok mengambil masa dalam 3-4 tahun untuk berbuah jika disemai melalui biji. Pokok ni popular ditanam dengan kaedah 'kahwin' menjadi pilihan kerana ianya cepat mengeluarkan hasil.

Isi buah yang masak berwarna coklat pekat sedikit kehitaman berbentuk bulat dan boleh mencapai diameter 5-10 cm dengan berat 70-100 gram/buah. Namun buah ini jenis jumbo boleh mencecah 1kg sebiji.

[caption id="attachment_830" align="aligncenter" width="1600"]9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam) Berat buah Black Sapote Jumbo boleh mencecah 1kg.[/caption]

Buahnya boleh makan begitu sahaja atau diolah menjadi resipi yang lain seperti pemanis mulut, kek dan sebagainya. Untuk memakan terus buah ini, boleh gunakan sudu atau digigit terus buahnya.

[caption id="attachment_829" align="aligncenter" width="1200"]9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam) Cara Makan Buah Black Sapote[/caption]

Baca Juga : 12 Khasiat Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi

Khasiat Buah Black Sapote



  • Mengandungi vitamin C, vitaman A

  • Mengandungi Potasium, kalsium, zat besi

  • Rendah lemak

  • Dapat mengubati penyakit insomnia

  • Mengubati penyakit kulit dan penafasan

  • Menguatkan tulang, gigi

  • Melawan radikal bebas yg menyebabkan penyakit radang sendi, kansel, sakit jantung

  • Melancarkan penghadaman

  • Memberikan tenaga


Kandungan Buah Black Sapote (approximately,per 100g):





















































Moisture 79.46-83.1 g
Protein0.62-0.69 g
Carbohydrates12.85-15.11 g
Fat0.01 g
Ash0.37-0.6 g
Calcium22.0 mg
Phosphorus23.0 mg
Iron0.36 mg
Carotene0.19 mg
Riboflavin0.03 mg
Niacin0.20 mg
Ascorbic Acid191.7 mg

Sumber: Wikipedia

Video Berkaitan


https://www.youtube.com/watch?v=o-qCgqunUvk

 
Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

Post a Comment

25 Comments

  1. series, ni first time tahu pasal buah ni. konfem sedap ni sebab ada rasa puding coklat haha

    ReplyDelete
  2. ikut review mmg masing-masing kata sedap.. tu la nak cari anak pokok dan cuba tanam..

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar pasal buah ni. Mahal juga harga anak pokok dia ye. Tapi kalau boleh hasilkan pendapatan apa salahnya kita tanam. Khasiat buah dia pun banyak kan.

    ReplyDelete
  4. first time ni dengar nama buah ni, siap bayangkan puding coklat..macam sedap.

    kiranya macam makan coklat tapi ini coklat dengan faedah baik la..instead of makan coklat orang dok momok kata sakit gigi la apa la.hahahaha

    tq untuk sharing info ini.

    ReplyDelete
  5. Good information sharing. Saya x pernah makan lagi buah ini. Cuma pernah dengar jer mengenai nyer. Kat Malaysia mana nak carik buah nie ek?

    ReplyDelete
  6. RM250 sepokok? Wow.
    Memang menangis la kalau nak beli dan tanam. Lagi menangis kalau tak menjadi plak kan.
    Tapi Rawlins jadi macam teringin plak nak merasa, mesti lazat ye tak. Banyak gak khasiatnya tu.

    ReplyDelete
  7. First time heard about this fruit. Interesting fruit with lots of health benefit.

    ReplyDelete
  8. rare fruit in malaysia but very famous in indonesia..

    ReplyDelete
  9. ni semula jadi tanpa proses rasa coklatnya..

    ReplyDelete
  10. saya pun tengah mencari.. mmg agak rare buah ni malaysia

    ReplyDelete
  11. ya.. baru anak pokok RM250.. kalau buahnya pasti mahal juga sekilo

    ReplyDelete
  12. Sekali tengaok bentuk macam buah pisang kaki. Pertama kali mendengar pasal buah ni. Nak sebuat nama buah pun ragu-ragu macam mana bunyinya. Teringin la pulak nak rasa sebab ala rasa puding coklat. Pasti viral ni nanti.

    ReplyDelete
  13. 1st time dengar Buah Black Sapote ni.. geram pulak baca khasiatnya tapi harga boleh tahan. Insya Allah if ada peluang nak try jugak rasa.

    ReplyDelete
  14. Wow macam sedap je. Takyah buat puding coklat dah haha first time tahu

    ReplyDelete
  15. First time tahu pasal buah ni. Thank you sharing. Kalau ada jual depan mata blum tentu kenal buahnya.

    ReplyDelete
  16. first time tengok buah tu. terliur pun ada bila isi warna macam tu, lagi-lagi banyak khasiat untuk badan. mesti la orang suka makan kan

    ReplyDelete
  17. first time tau info mengenai pokok dan buah ni, nampak macam sedap jer puding cokelat teringin nak rasa !

    ReplyDelete
  18. Pertama kali nampak buah ni..seriusla rasa dia cm coklat puding..gila sedp..mau berbiji2 habis kalau rasa dia macam tu..teringin nak rasa..harga pokok pun mahal..bolehtahan..banyak khasiat pulak

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian ilmu baru. First time dengar perkataan buah ni. Sebelum ni tak tau kewujudannya.

    ReplyDelete
  20. First time dengar dan tengok buah ni. Terbaik la perkongsian ni, banyak info yg Mat Drat tak tahu.

    Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ni. Kipidap

    ReplyDelete
  21. First time AM dengar pasal buah ni.. Mahal juga yg anak pokok nie sampai Rm250? Nak cari buah nie gak la bagus utk AM yg kerap kena asma bila cuaca tak menentu skrg.. AM nak cuba n rasai khasiatnya..

    ReplyDelete
  22. baru pertama kali dengar nama buah nie. jarang jumpa. banyak rupanya khasiat dia. baru tahu. nanti mesti ramai jadikan ia salah satu bahan kepada produk mereka

    ReplyDelete
  23. buah ni memamng baru di Malaysia.. tapi Indonesia dah lama tanam ni..

    ReplyDelete
  24. wow first time tahu pasal pokok sawo hitam ni. Mahal jugak sampai RM250. Kalau Menteri Pertanian invest dalam penanaman pokok ni boleh jadi tak kita boleh kurangkan jumlah import koko? Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  25. wahh pertama kali dgr buah ni....mmg xpernah jumpa sebelum ni....mesti sedap...ada peluang nnti nk juga cuba makan buah ni..

    ReplyDelete