Merujuk pada artikel '3 Khasiat Utama Kunyit Hitam', Harga Pula Mahal, saya sudah mula menanamnya sejak hampir lima bulan yang lepas.


Minggu lepas saya mula memisahkan pokok ini dari rumpun yang besar kepada rumpun yang lebih kecil dalam pasu berlainan. Saya berminat untuk membiakkan lagi tanaman ini kepada kuantiti yang lebih besar.


Anda bayangkan, dari pokok yang kecil kini dipecahkan menjadi 14 rumpun baru yang sedia untuk ditanam semula.




[caption id="attachment_900" align="aligncenter" width="720"]Anak Pokok Kunyit HItam Anak Pokok Kunyit Hitam (ASAL)[/caption]

[caption id="attachment_901" align="aligncenter" width="800"]Pokok Kunyit Hitam Pokok Kunyit Hitam selepas 5 bulan.[/caption]

Cara memilih benih baru.



  • Rizom – dari tumbuhan yang cukup matang dan belum kering. Jika belum matang, lambat untuk rizom mengeluarkan tunas (dalam lingkungan 3 bulan).

  • Pecahan rerumpun – mengambil pokok yang sedia ada dan dipecahkan lagi untuk ditanam.


Untuk projek menanam semula pokok kunyit hitam kali ini, saya memilih pecahan rerumpun.


Penanaman pokok ini boleh dilakukan di atas tanah yang dibuat batas, pasu dan polibeg. Saya sendiri menanam dalam polibeg saiz 16"x16" dan pasu. Disebabkan tujuan lain menanam semula pokok ini untuk jual, saya gunakan pasu yang sederhana besar sahaja.


Tanamkan benih dalam medium tanaman yang sesuai seperti tanah hitam dan coco peat atau sabut kelapa. Medium tanaman ini mempunyai tanah yang longgar dan tidak padat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi kunyit yang gemuk.


Pastikan tanah yang digunakan mempunyai saliran air yang baik dan sistematik untuk mngelakkan isi kunyit menjadi busuk dan reput.


Untuk masukkan benih, buat lubang dengan kedalaman 2-3 inci dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Jika letak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan menjadi lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar sekitar 1-2 minggu selepas di tanam.


Cahaya matahari yang diperlukan ialah 6 jam sehari untuk mendapatkan daun kunyit hitam yang bewarna hijau dan cantik.
Untuk peringkat awal dalam tempoh 1-2 minggu, tumbesaran kunyit hitam memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, disyorkan untuk menyiram 2 kali sehari. Selepas mata tunas sudah mengeluarkan daun, siraman perlu dikurangkan kepada sekali sehari iaitu pada waktu pagi. Pastikan air siraman tidak bertakung.


Sangat mudah rupanya untuk menanam kunyit hitam ini. Ia juga banyak khasiat yang tinggi kepada perubatan. Selain daripada mencuba cara moden, apa salahnya kalau kita mencuba cara tradisional. Di samping dapat hasil daripada tanaman sendiri, badan pun sihat sebab melakukan aktiviti bertani yang banyak mengeluarkan peluh.


Kredit : http://myagri.com.my/2019/12/cara-cara-menanam-kunyit-hitam/




Info Tambahan


Kaempferia Parviflora


Kaempferia Parviflora orang ramai panggil kunyit tetapi sebenarnya lebih dikenali dengan nama “Halia Hitam”. Perkataan Kampfea itu sendiri merujuk kepada keluarga “Ginger” (Halia). Kampfea plaviflora adalah dari keluarga halia atau cekur.

rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Kaempferia_parviflora

Curcuma Caesia


Manakala Curcuma Caesia lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkatan Curcuma adalah merujuk kepada  keluarga “Turmeric”  (kunyit). Jadinya Curcuma Caesia adalah dari keluarga Kunyit

rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Curcuma_caesia

Gambar Semasa Menanam Semula Anak Pokok Kunyit Hitam


[caption id="attachment_903" align="aligncenter" width="800"]Anak Pokok Kunyit Hitam Anak pokok yang berjaya dipisahkan,[/caption]

[caption id="attachment_905" align="aligncenter" width="800"]Anak Pokok Kunyit Hitam Cacing tanah dalam polibeg tanaman.[/caption]

[caption id="attachment_907" align="aligncenter" width="800"]Anak Pokok Kunyit Hitam Anak pokok kunyit hitam.[/caption]

[caption id="attachment_908" align="aligncenter" width="800"]Anak Pokok Kunyit Hitam Rizom kunyit hitam[/caption]

[caption id="attachment_909" align="aligncenter" width="800"]Anak Pokok Kunyit Hitam Anak Pokok Kunyit Hitam[/caption]

[caption id="attachment_904" align="aligncenter" width="800"]Anak Pokok Kunyit Hitam Anak pokok yang sudah ditanam dalam pasu.[/caption]

[caption id="attachment_906" align="aligncenter" width="720"]Anak Pokok Kunyit Hitam Proses merakam video semasa menanam semula.[/caption]

Video Menanam


https://www.youtube.com/watch?v=BI93FtoRD5E

Video Bahagian 1: https://www.youtube.com/watch?v=BI93FtoRD5E


Video Bahagian 2: Akan dikemaskini nanti.


 

Kajian Mengenainya


Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.


“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.


“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.


Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.


Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.


Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.


Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.



Kajian selama dua tahun


Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.


Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.


“Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.


“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang,” ujarnya.


Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.


Menurutnya, empat produk Black G ini menggunakan 100 peratus ekstrak kunyit hitam asli. Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang turut ditambah bahan lain bagi membantunya memberi kesan yang lebih pantas.


“Antaranya, minuman kesihatan Health Therapy yang ditambah dengan bahan lain iaitu biji anggur.


“Produk-produk ini ada yang telah diluluskan dan dalam proses kelulusan Kementerian Kesihatan serta status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.


Black G turut menerima Anugerah Produk Paling Inovatif dan Anugerah Emas pada Pameran Sains dan Teknologi MARDI, September lalu.



Teroka pasaran tempatan


Black G Sdn Bhd bakal meneroka pasaran tempatan secara agresif bermula tahun ini menerusi jenama Black G Nutrima by MARDI.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Jusoh berkata, setakat ini, jualan produk berasaskan atas talian (online) dan boleh didapati di beberapa kedai buku SMO di Kelantan, Terengganu dan Pahang.


“Kami juga menerima permintaan tinggi bagi ejen tetapi kami perlu memilih ejen yang faham tentang produk ini.  Buat masa ini, kami masih dalam proses pemilihan ejen di seluruh negara,” katanya.


Black G Nutrima by MARDI kini mempunyai empat kategori produk iaitu kopi, minuman kesihatan, minuman tenaga dan kapsul dijual dengan harga bermula RM15 sehingga RM100.


Black G Nutrima by MARDI akan dirasmikan pada 14 November ini sempena Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (Confertech) 2017 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor.


Kredit Artikel - https://blogmardi.wordpress.com/2017/11/10/khasiat-kunyit-hitam/