Saya mempunyai pengalaman yang kurang enak dikongsikan di sini. Namun apabila tanaman saya tidak menjadi, kurus dan kurang hasil, saya cuba mencari jalan dan Cara Gemukkan Pokok samaada buah atau daunnya menjadi lebih subur seperti yang diharapkan.
Namun, perkara seperti ini kita jangan kaitkan dengan 'Tangan Panas' atau 'Tiada Bakat' ya, ianya tertakluk dengan unsur-unsur zat yang diperlukan oleh sesuatu tanaman untuk hidup dengan sempurna.
Seperti kita juga, tanpa adanya kelengkapan asas, hidup kita juga tidak sempurna. Hidup memang boleh hidup namun kita tidak dapat menikmati kehidupan yang kita harapkan. Begitulah perumpamaan yang boleh saya berikan.
Okaylah kawan-kawan, di sini saya ingin kongsikan beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menyuburkan lagi tanaman kita samaada daunnya besar, cantik, buahnya besar, manis dan sebagainya. Saya ada mencuba beberapa bahan ini sendiri dan ada juga info yang saya dapati dari beberapa blog dan belum sempat dicuba lagi.
Cara Gemukkan Pokok Tanpa Baja Kimia
Semoga dengan adanya perkongsian ini, kita tidak perlulah bergantung kepada baja kimia sepenuhnya dan kita cuba guna bahan-bahan semulajadi atau organik selain dapat menjimatkan kos kita.
1. Serbuk Kopi Terpakai
[caption id="attachment_962" align="aligncenter" width="800"] Serbuk Kopi - gambar Google[/caption]
Serbuk kopi terpakai terutama yang digunakan oleh kedai seperti 'Starbuck' boleh digunakan secara terus dengan cara menaburkannya pada pokok yang ditanam. Ianya juga boleh direndam terlebih dahulu dan disiram kepada pokok yang kita tanam.
Kontranya pula adalah tidak semua tanaman sesuai menggunakan 'baja' ini kerana kandungannya sendiri 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien boleh menyebabkan tanaman terbantut pembesaran terutamanya pokok tomato.
Jika anda mahu jadikannya sebagai kompos, pastikan serbuk kopi itu mestilah tidak lebih daripada 25% daripada keseluruhan kompos.
2. Kulit Pisang
[caption id="attachment_959" align="aligncenter" width="800"] Kulit Pisang - gambar Google[/caption]
Ini pula adalah paling mudah dan sering saya lakukan. Kulit pisang yang dimakan jangan dibuang tetapi jadikannya sebagai penyumbang potassium kepada pokok anda. Kekurangan unsur potassium pada tanaman akan menyebabkan pokok terbantut, daun kuning dan gugur sebelum waktu, akar kurang sihat dan buah masak tetapi tidak sekata. Kulit pisang menyumbang potassium yang mana akan membantu tumbuhan ketika proses fotosintesis.
Cara gunanya mudah dengan memotong kulit pisang dan jemur sehingga kehitaman. Guna denan menanam kulit di sekitar pangkal pokok. Itu cara yang agak rumit, saya lebih suka meletakkan kulit pisang terus ke keliling pokok dengan menutupnya dengan tanah supaya tidak didatangi serangga seperti lalat dan semut.
3. Kulit Telur
[caption id="attachment_960" align="aligncenter" width="800"] Kulit Telur - gambar Google[/caption]
Tidak kisahlah telur apa, janji ianya mudah didapati dari dapur. Saya suka guna kulit telur ayam. Setiap hari menggunakan telur sebagai bahan masakan dan kulitnya boleh dikumpul atau terus diproses. Kulit telur ini akan membekalkan sumber kalsium kepada tanaman anda.
Cara gunanya mudah. Saya sering mengeringkan dahulu (jemur) sebelum kulit tersebut dikisar halus menjadi tepung. Tepung yang terhasil di taburkan di keliling pokok.
Baca Juga : Cara Menanam Pokok Kesum Dan 19 Khasiatnya Untuk Kesihatan
4. Uncang Teh Terpakai
[caption id="attachment_963" align="aligncenter" width="800"] Uncang Teh Terpakai - gambar Google[/caption]
Ya, yang sudah terpakai sebab kita ingin mengurangkan kos. Rugilah jika guna uncang teh baru. Selepas membancuh teh, uncang boleh terus diletakkan di keliling pokok samaada diletakkan begitu sahaja atau ditanam bagi mengelakkan serangga seperti semut dan sebagainya.
Uncang ini akan bertindak sebagai humus atau juga dikenali sebagai agen pengekal kelembapan media tanaman.
5. Kulit Udang/Cangkerang Makanan Laut
[caption id="attachment_961" align="aligncenter" width="800"] Kulit Udang - gambar Google[/caption]
Sumber seperti kulit udang, ketam, kerang adalah penyumbang unsur nitrogen, phosphorus, kalsium dan chitin yang diperlukan pokok untuk membesar. Namun masalah terjadi menggunakan bahan ini adalah berbau busuk ataupun serangan serangga seperti semut dan lalat kerana ianya berbau.
Untuk mengelakkannya, semua bahan-bahan ini dijemur kering dan dikisar halus sebelum digunakan dengan cara menabur di sekeliling pokok. Kaedah yang sama dengan kulit telur. Ia juga boleh ditanam dalam tanah untuk mengelak timbul bau yang tidak enak.
Itulah beberapa bahan semulajadi di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk menyihat dan paling mudah untuk Cara Gemukkan Pokok Tanpa Guna Baja.
Kredit sebahagian info dari https://tipstani.wordpress.com/2017/12/04/pokok-gemuk-tanpa-beli-baja/
Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.
Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!
18 Comments
betul, setuju! Kalau tanam pokok memang campak kulit telur sebab protection bagus untuk tanaman. Uncang teh dengan serbuk kopi pun sama tapi sebab jarang minum so jarang la letak.
ReplyDeleteKulit telur tu saya pernah pakai untuk halau lipas dalam rumah. Patutlah lipas dalam rumah tak kurang-kurang. Rupanya makin sihat lipas tu saya kerjakan :'D
ReplyDeleteTapi tak sangka yang selama ni 'sampah' rupanya boleh buat baja tanaman. Nanti boleh try lah
No wonder la mak Rawlins simpan kulit udang dan kulit telur kat kampung. And no wonder la hasil kebun dia bertambah
ReplyDeleteLor, benda yang boleh kuta gunakan untuk gemukkan tanaman tuh biasa kita jumpa dna buang. Tak sangka boleh digunakan untuk gemukkan tanaman.
ReplyDeleteDalam banyak-banyak tipos diatas dulu pernah guna Kulit Udang/Cangkerang Makanan Laut masa tu dekat kampung memang luas juga kawasan kebun kami tak heran sangat bau hanyir dan bau busuk udang sebab kebun besar jauh dari rumah , tapi tip ni tak sesuai buat dekat rumah taman marah jiran kang bau busuk
ReplyDeletewah baru tahu semua tips2 ni. bolehlah apply untuk kebun dekat rumah. terima kasih atas tips dan perkongsian ya :)
ReplyDeletewah.tak sangka serbukkopi terpakai pon boleh jadi baca untuk suburkan pokok ya. lepas ni kena simpan lah ya
ReplyDeleteDalam banyak-banyak tu, yang Sis tau serbuk kopi dan kulit pisang, yang lain baru tau..kesahnya kulit telur pun boleh ek..Baik! Lepas ni nak cuba juga tips tu..thanks ya...
ReplyDeletebahan-abahan nak menggemukkan pokok memang semua ada je kat dapur kita kan? baru tahu. nanti nak start simpan bahan-bahan ni untuk jadikan baja. tapi tu la nak simpan kena ada bekas. harap-harap liez tak lupa untuk simpan bahan-bahan ni. tak payah beli baja
ReplyDeleteBagus info ni! Lagi satu cara yg saya tahu ialah dengan menggunakan ajinomoto! Katanya berkesan juga tp sy tak pernah cuba
ReplyDeleteTips yang bagus... Finally ada geng yang suka bercucuk tanam mcm kita... Yg sisa kopi tu akak selalu minta dekat starbucks.. Selalu diorang bagi banyk jugak...
ReplyDeleteBagus tips2 yg dikongsikan. Kebetulan suami mmg suka menanam nanti blh share dengan beliau
ReplyDeletela.. rupanya barang2 yang digunakan selalu je ada kat dapur tapi tu la, biasa buang je semua tu. La ni dah tau leh la buat baja. Skang tengah mood bercucuk tanam juga ni.. hehe
ReplyDeleteWah... Bagus nya perkongsian ni. Tips yang amat berguna . Kita nak share kat mak kita.
ReplyDeletebaru tau yang pisang, teh dan kopi tu..yang udang selalu ayah buat juga..semua tanaman ke boleh..tangan nad memang tak sejuk la, asl tanam mati..hahaah
ReplyDeleteTips yang sangat bermanfaat. Serius tak pernah tahu.Berguna sungguh,hehhe. Thanks ya
ReplyDeletesaya pernah dengar tentang kulit telur tu je. yang lain2 tu macam baru tau la. boleh cuba kaedah ni
ReplyDeletewah menarik lah
ReplyDeletebanyak info baru yang dapat nih
boleh bagitahu abah sebab dia suka berkebun