Setahu saya, menanam kunyit amat sukar setelah membaca beberapa luahan hati para peminat tanaman di kalangan netizen dalam beberapa buah ‘group’ bertani Facebook.



Sukarkah Menanam Kunyit?


Namun, setelah cuba untuk menanam sendiri menggunakan rizom (biji), ia tidaklah sesukar yang disangkakan.


Pada pengalaman saya,  apa saja tanaman berubi/rizom memerlukan tempat yang sesuai dan media tanamannya tidak terlalu keras.


Saya menanam menggunakan rizom beralaskan kotak telur terpakai bersama beberapa keratan yang lain seperti serai, halia dan bawang. Syukur, ianya menjadi seperti yang dirancang. Semua tanaman menjadi sehingga saya merasa hasilnya.



Tanam Sekadar Suka-Suka


Berbalik kepada cerita, saya ada menanam sebanyak tiga polibeg sahaja tidak termasuk yang ditanam di tanah.




[caption id="attachment_874" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Halia juga  saya tanam di dalam polibeg.[/caption]

Saya suka menanam di dalam polibeg memandangkan ruangan menanam yang agak terhad serta saya sering kali meminda kedudukan tanaman mengikut keperluan semasa seperti kuantiti tanaman, keperluan pencahayaan dan pembajaan serta penyiraman automatik (fertigasi).




[caption id="attachment_875" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Hasil yang dituai seperti ini senang ditanam semula.[/caption]

Saya telah menuai sebuah polibeg sahaja yang pada asalnya adalah 3 biji rizom yang dicambahkan ditanam bersama dengan berat purata satu rizom lebih kurang 10gram.


Proses penuaian mudah kerana media tanaman yang digunakan adalah tanah hitam dan dicampur sedikit pasir. Manakala bahagian atasnya saya letakkan selapis sabut kelapa atau cocopeat bagi mengelakkan media tanaman cepat kering.


Penuaian selama 10 minit dengan mengoyakkan polibeg disebabkan bijinya sudah menekan polibeg dan pokoknya bersama media tanam  rupa-rupanya tidak dapat dikeluarkan dengan mudah.




[caption id="attachment_876" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Proses menuai.[/caption]

Hasil tidak disangka, saya memperolehi lebih kurang 600gram  yang sedia untuk dituai dan beberapa anak pokok baru untuk ditanam semula.




[caption id="attachment_880" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Hasilnya  berat 600gram yang dituai (1 polibeg).[/caption]

Hasil tuaian dicuci bersih dan saya mengambil keputusan untuk menjadikan hasil tuaian sebagai serbuk kunyit kegunaan di dapur.




[caption id="attachment_877" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Proses memotong sebelum dijemur.[/caption]

Keesokkannya, saya menghiris nipis bijinya dan terus dijemur di bawah cahaya matahari terik.




[caption id="attachment_878" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Dijemur bawah terik matahari.[/caption]

Cukup tiga hari, hasilnya seperti dalam gambar di bawah dan seterusnya akan dikisar halus. Jimat sedikit belanja dapur.




[caption id="attachment_879" align="aligncenter" width="1080"]Menanam Kunyit Secara Hobi Ia menjadi kering selepas hari ketiga.[/caption]

Saya amat teruja dengan penuaian hasil ini. Pada hakikatnya saya menanam sekadar suka-suka membuat eksperimen sahaja.



Info Ringkas


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Ia juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, ia juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.


Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)



Khasiat Untuk Kesihatan


Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.



Pada masa yang sama, ia mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium

Mencegah Kanser
Boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikanperkembagan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser. Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat di dalamnya yang boleh melawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.

Mengawal Berat Badan
Serbuknya boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.

Menyembuhkan Luka
Ia merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilannya dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.

Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
Ia boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Ia boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.

Kredit: XTRA



Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.


Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!