Kenapa Tanam Kesum Tidak Pernah Hidup? Itulah persoalan yang sering ditanya kepada saya. Saya kongsikan pengalaman saya menanamnya di dalam pasu atau polibeg.

Jika baru menanam guna keratan,

  1. Akar tak cukup kuat dan cepat rosak sebab media tanam cepat mengeras. Guna campuran media tanam yang poros seperti tanah berpasir, cocopeat, sekam padi bakar.

  2. Elak kena matahari penuh. Letak pada tempat separa panas cahaya matahari.

  3. Media tanam cepat kering. Air kena cukup pagi dan petang siraman


Manakala bagi pokok yang sudah membesar

  1. Saiz pasu tak sesuai dengan saiz pokok.. pasu sudah penuh akar.

  2. Pokok sudah matang/tua. Kena petik selalu dan pucuk baru akan tumbuh. Pokok berbunga salah satu petanda sudah tua.

  3. Media tanam cepat kering. Kerapkan siraman cukup pagi dan petang.

  4.  Kekurangan nutrien bila daun menguning.. letak baja daun /kompos seminggu sekali.

Tips paling mudah tanam kesum,

  1. Buat siraman dengan baja AB. Jimat masa menyiram dan membaja.

  2. Pindah tanam di tanah yang berdekatan air (kawasan lembap) kerana kesum menyukainya.

Video menanam kesum boleh tonton di Channel Youtube saya seperti;


Video 1




Video 2




Video 3




 
Anda boleh terus ke Channel Youtube saya Nacqris Backyard Garden untuk video tips menanam yang lain.


Tags : cara gemukkan pokok kesum, daun kesum malaysia, daun kesum in chinese, kesum, daun kesum, daun kesum recipe, kenapa daun kesum kuning, tanam daun kesum dalam penapis, gambar daun kesum,daun kesum benefits, Pertanian, pokok kesum,daun kesum in english, daun kesum masak apa, tanam kesum, khasiat daun kesum, kesum in english,