Cara Buat Baja Kulit Bawang Merah

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan Baja Kulit Bawang Merah yang sangat mudah untuk dicuba sendiri dan sangat berpotensi membekal nutrien kepada tanaman.

Sebelum ini saya pernah menggunakan kulit bawang merah sebagai baja namun cara penyediaannya berbeza.

Kulit bawang merah sangat kaya dengan potasium, magnesium, iron dan kalsium dan membantu menyuburkan tanaman, menggalakkan pertumbuhan pucuk baru, membantu mempercebatkan keluar bunga dan buah serta membantu mengurangkan serangan hama kepada tanaman.

Pengalaman saya banyak menggunakan baja kulit bawang ini pada sayuran dedaun seperti pakchoy, kucai dan daun bawang. Ianya sangat baik. Untuk tanaman jenis ini, saya gunakan dengan kaedah kulit bawang direndam dalam air.

Cara Membuat Baja Kulit Bawang Merah


Sila tonton video di bawah ya!


Baja hasil rendaman semalaman ini sebaiknya digunakan segera bagi mengelakkan menjadi busuk terutama jika terendam ubi bawang sekali.

Selain itu, kita boleh terus menabur kulit bawang terus ke pangkal pokok. Namun sepanjang saya menggunakan kaedah ini, semut sangat suka bersarang di bawah timbunan kulit bawang dan mengganggu pertumbuhan tanaman.

Ada 4 Nutrien Untuk Tanaman & Cara Buat Baja Kulit Bawang Merah


Untuk hasil yang lebih baik, kawan-kawan boleh campurkan dengan kulit bawang putih dan kulit telur ayam yang dikisar bersama kulit bawang merah.


Selamat Mencuba!


Jangan lupa untuk hadir ke Channel Youtube saya di Nacqris Backyard Garden



Post a Comment

11 Comments

  1. Subur betul sayur sayur tu! Boleh laa nak cuba buat gak untuk my indoor plants. Harap harap makin subur lah semua.

    ReplyDelete
  2. senang nak buat.. daripada buang kulit bawang.. ada juga manfaatnya untuk tanaman. selamat mencuba

    ReplyDelete
  3. Perghhh... Subur nya tanaman! Pertama kali kita tahu pasal tips ni, nanti nak cuba laaa... Biasa kita siram air cuci beras jer

    ReplyDelete
  4. Baru tau kulit bawang ada manfaatnya.. Segar bugar syaur tu semua.. Pergh.. Kita tanam ni asyik mati je..

    ReplyDelete
  5. Wah I didn't know we can do Baja Kulit Bawang Merah at home! Thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  6. Wah, new info. Terima kasih untuk sharing. Kalau nak jadikan kulit bawang/sisa biomass lain sebagai penyubur tanah, boleh buat jadi biochar juga.

    ReplyDelete
  7. Taunya guna kulit telur aje, ni baru tau kulit bawang pun boleh ek... lepas ni kopek bawang masak, boleh laa kulitnya simpan buat baja...

    ReplyDelete
  8. mak selalu guna air rendaman kulit bawang ni sebagai baja, memang subur tanaman dia! Dekat sekolah dulu pun cikgu ada ajar method ni

    ReplyDelete
  9. Baru tahu kulit bawang merah ni boleh guna untuk buat baja la... Menarik information ni... Boleh guna untuk bunga2 juga ke? Sebelum ni guna air basuh beras jer....

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing this brand new method (for me) of making natural fertilizer that will surely make our plants taste better and free of chemical.

    ReplyDelete
  11. Great tips! you also can make any biomass waste into biochar and apply on the soil.

    ReplyDelete