Katil Besi Lama Jadi Para Untuk Tanaman - Pada ketika ini, saya sedang menanam pokok labu botol/labu air. Tumbuhan menjalar memerlukan kawasan yang luas supaya pokok boleh hidup dengan subur.


Menjadi satu kekangan kepada saya kerana mempunyai kawasan kebun belakang rumah yang sangat terhad. Ditambah pula menanam pokok jenis menjalar, maka semakin pening saya memikirkannya.

Baca juga : 5 Idea Kreatif Pasu Pecah Menjadi Hiasan Yang Cantik

Pada hujung minggu lepas, saya mengemas bilik anak-anak dan saya terjumpa besi alas katil lama yang sudah rosak. Dari saat itu, tercetus idea saya untuk menjadikan besi tersebut sebagai para tanaman pokok labu saya.

Pokok labu yang saya tanam memang memerlukan tempat memanjat/berpaut kerana usianya sudah masuk hampir sebulan.

Gambar Katil Besi Lama Jadi Para Untuk Tanaman

s

Projek DIY - Katil Besi Lama Jadi Para Untuk Tanaman Kebun

Projek DIY - Katil Besi Lama Jadi Para Untuk Tanaman Kebun



Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk hadir ke Channel Youtube saya di Nacqris Backyard Garden

Sumber asal: Facebook