Beberapa bulan lepas, saya sendiri ada membeli benih kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia Parviflora dari seorang kenalan di Facebook. Memandangkan ianya agak tular ketika itu, saya mahu mencuba menanamnya sendiri. Harga ketika saya membeli adalah RM25 sepasu kecil.

[caption id="attachment_776" align="alignnone" width="720"]Anak Pokok Kunyit Hitam Anak Pokok Kunyit Hitam saya beli dengan harga RM25 - Facebook[/caption]

Kunyit merupakan herba popular yang menjadi kegemaran dalam pelbagai masakan, tetapi ia merujuk kepada kunyit biasa. Ini berbeza dengan satu lagi spesies kunyit yang dinamakan kunyit hitam.

Tanaman ini  merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini kerana khasiatnya kepada kesihatan manusia. Seperti kunyit biasa, ia  telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional.

[caption id="attachment_779" align="alignnone" width="1200"]Kunyit Hitam Thailand Gambar kunyit segar. Ianya menjadi gelap selepas dikeringkan - Kredit - mediaperdana.com[/caption]

Khasiat Utama


1. MENCUCI DARAH

Banyak pererbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa ianya mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan. Itu semua seperti yang didakwa.

2. ANTI KANSER TERBAIK

Bahan aktif methoxyflavon yang terdapat dalam tumbuhan ini bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit

3. UBAT KUAT SEMULAJADI

Ianya telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan di Thailand secara tradisional sebagai ubat kuat (semula jadi), saraf dan membina otot.

Khasiat-Khaisat Lain


Khasiat lain yang diketahui umum adalah seperti;

  • Sebagai penambah tenaga dan tonik umum

  • Melegakan penyakit ulu hati/radang perut

  • Membantu mengatasi kepenatan dan masalah otot

  • Mengatasi masalah keradangan

  • Meransang prestasi seksual yang positif

  • Membantu mengurangkan alahan/alergi serta penyakit melibatkan alahan

  • Melancarkan peredaran darah periferal

  • Menguatkan saluran darah

  • Melegakan tanda-tanda oedema

  • Menstabilkan bacaan darah tinggi dalam darah

  • Mengawal kadar gula dalam darah atau anti-diabetik

  • Pelbagai manfaat lagi untuk kesihatan.


Kajian Mengenainya


Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.


“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.


“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.


Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.


Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.


Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.


Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.



Kajian selama dua tahun


Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.


Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.


“Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.


“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang,” ujarnya.


Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.


Menurutnya, empat produk Black G ini menggunakan 100 peratus ekstrak kunyit hitam asli. Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang turut ditambah bahan lain bagi membantunya memberi kesan yang lebih pantas.


“Antaranya, minuman kesihatan Health Therapy yang ditambah dengan bahan lain iaitu biji anggur.


“Produk-produk ini ada yang telah diluluskan dan dalam proses kelulusan Kementerian Kesihatan serta status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.


Black G turut menerima Anugerah Produk Paling Inovatif dan Anugerah Emas pada Pameran Sains dan Teknologi MARDI, September lalu.



Teroka pasaran tempatan


Black G Sdn Bhd bakal meneroka pasaran tempatan secara agresif bermula tahun ini menerusi jenama Black G Nutrima by MARDI.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Jusoh berkata, setakat ini, jualan produk berasaskan atas talian (online) dan boleh didapati di beberapa kedai buku SMO di Kelantan, Terengganu dan Pahang.


“Kami juga menerima permintaan tinggi bagi ejen tetapi kami perlu memilih ejen yang faham tentang produk ini.  Buat masa ini, kami masih dalam proses pemilihan ejen di seluruh negara,” katanya.


Black G Nutrima by MARDI kini mempunyai empat kategori produk iaitu kopi, minuman kesihatan, minuman tenaga dan kapsul dijual dengan harga bermula RM15 sehingga RM100.


Black G Nutrima by MARDI akan dirasmikan pada 14 November ini sempena Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (Confertech) 2017 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor.


Kredit Artikel - https://blogmardi.wordpress.com/2017/11/10/khasiat-kunyit-hitam/



Produk Kunyit Hitam Di Pasaran.


[caption id="attachment_781" align="alignnone" width="620"]Produk Black G - Dr. Zuraida bersama produk Black G Nutrima.[/caption]

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diketuai oleh Dr. Zuraida Ab. Rahman menjalankan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.


Beliau merupakan Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi berkata, kajian pembangunan produk R&D kumpulan penyelidik dari MARDI dengan kerjasama Syarikat Black G Sdn. Bhd. berjaya menghasilkan produk daripada kunyit hitam.


Produk ini telah dipasarkan dengan jenama Black G Nutrima oleh MARDI.


Menurut Zuraida, daripada kajian pembangunan produk di MARDI, bahan aktif yang bernilai tinggi iaitu methoxyflavone merupakan komponen utama yang terdapat dalam kunyit hitam. Bahan aktif yang paling tinggi adalah 5,7-dimethoxyflavone telah dijadikan sebagai standard marker iaitu penanda dalam setiap penghasilan produk.


Ini kata beliau, bertujuan memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dengan bahan aktif yang stabil dan mengikut standard yang ditetapkan.


Kredit berita: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/kunyit-hitam-kaya-khasiat-1.920311



Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!