3 Khasiat Utama Kunyit Hitam, Harga Pula Mahal

Beberapa bulan lepas, saya sendiri ada membeli benih kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia Parviflora dari seorang kenalan di Facebook. Memandangkan ianya agak tular ketika itu, saya mahu mencuba menanamnya sendiri. Harga ketika saya membeli adalah RM25 sepasu kecil.

[caption id="attachment_776" align="alignnone" width="720"]Anak Pokok Kunyit Hitam Anak Pokok Kunyit Hitam saya beli dengan harga RM25 - Facebook[/caption]

Kunyit merupakan herba popular yang menjadi kegemaran dalam pelbagai masakan, tetapi ia merujuk kepada kunyit biasa. Ini berbeza dengan satu lagi spesies kunyit yang dinamakan kunyit hitam.

Tanaman ini  merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini kerana khasiatnya kepada kesihatan manusia. Seperti kunyit biasa, ia  telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional.

[caption id="attachment_779" align="alignnone" width="1200"]Kunyit Hitam Thailand Gambar kunyit segar. Ianya menjadi gelap selepas dikeringkan - Kredit - mediaperdana.com[/caption]

Khasiat Utama


1. MENCUCI DARAH

Banyak pererbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa ianya mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan. Itu semua seperti yang didakwa.

2. ANTI KANSER TERBAIK

Bahan aktif methoxyflavon yang terdapat dalam tumbuhan ini bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit

3. UBAT KUAT SEMULAJADI

Ianya telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan di Thailand secara tradisional sebagai ubat kuat (semula jadi), saraf dan membina otot.

Khasiat-Khaisat Lain


Khasiat lain yang diketahui umum adalah seperti;

  • Sebagai penambah tenaga dan tonik umum

  • Melegakan penyakit ulu hati/radang perut

  • Membantu mengatasi kepenatan dan masalah otot

  • Mengatasi masalah keradangan

  • Meransang prestasi seksual yang positif

  • Membantu mengurangkan alahan/alergi serta penyakit melibatkan alahan

  • Melancarkan peredaran darah periferal

  • Menguatkan saluran darah

  • Melegakan tanda-tanda oedema

  • Menstabilkan bacaan darah tinggi dalam darah

  • Mengawal kadar gula dalam darah atau anti-diabetik

  • Pelbagai manfaat lagi untuk kesihatan.


Kajian Mengenainya


Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.


“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.


“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.


Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.


Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.


Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.


Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.



Kajian selama dua tahun


Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.


Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.


“Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.


“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang,” ujarnya.


Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.


Menurutnya, empat produk Black G ini menggunakan 100 peratus ekstrak kunyit hitam asli. Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang turut ditambah bahan lain bagi membantunya memberi kesan yang lebih pantas.


“Antaranya, minuman kesihatan Health Therapy yang ditambah dengan bahan lain iaitu biji anggur.


“Produk-produk ini ada yang telah diluluskan dan dalam proses kelulusan Kementerian Kesihatan serta status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.


Black G turut menerima Anugerah Produk Paling Inovatif dan Anugerah Emas pada Pameran Sains dan Teknologi MARDI, September lalu.



Teroka pasaran tempatan


Black G Sdn Bhd bakal meneroka pasaran tempatan secara agresif bermula tahun ini menerusi jenama Black G Nutrima by MARDI.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Jusoh berkata, setakat ini, jualan produk berasaskan atas talian (online) dan boleh didapati di beberapa kedai buku SMO di Kelantan, Terengganu dan Pahang.


“Kami juga menerima permintaan tinggi bagi ejen tetapi kami perlu memilih ejen yang faham tentang produk ini.  Buat masa ini, kami masih dalam proses pemilihan ejen di seluruh negara,” katanya.


Black G Nutrima by MARDI kini mempunyai empat kategori produk iaitu kopi, minuman kesihatan, minuman tenaga dan kapsul dijual dengan harga bermula RM15 sehingga RM100.


Black G Nutrima by MARDI akan dirasmikan pada 14 November ini sempena Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (Confertech) 2017 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor.


Kredit Artikel - https://blogmardi.wordpress.com/2017/11/10/khasiat-kunyit-hitam/



Produk Kunyit Hitam Di Pasaran.


[caption id="attachment_781" align="alignnone" width="620"]Produk Black G - Dr. Zuraida bersama produk Black G Nutrima.[/caption]

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diketuai oleh Dr. Zuraida Ab. Rahman menjalankan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.


Beliau merupakan Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi berkata, kajian pembangunan produk R&D kumpulan penyelidik dari MARDI dengan kerjasama Syarikat Black G Sdn. Bhd. berjaya menghasilkan produk daripada kunyit hitam.


Produk ini telah dipasarkan dengan jenama Black G Nutrima oleh MARDI.


Menurut Zuraida, daripada kajian pembangunan produk di MARDI, bahan aktif yang bernilai tinggi iaitu methoxyflavone merupakan komponen utama yang terdapat dalam kunyit hitam. Bahan aktif yang paling tinggi adalah 5,7-dimethoxyflavone telah dijadikan sebagai standard marker iaitu penanda dalam setiap penghasilan produk.


Ini kata beliau, bertujuan memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dengan bahan aktif yang stabil dan mengikut standard yang ditetapkan.


Kredit berita: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/kunyit-hitam-kaya-khasiat-1.920311



Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

Post a Comment

25 Comments

  1. baru tahu ada kunyit hitam..tapi bila commercialkan macam ni bagus juga lagi mudah untuk dapatkan di pasaran!

    ReplyDelete
  2. First time dgr ada kunyit hitam. Tak tau banyak pulak khasiatnya. kalau ada peluang nak try juga la tanam kunyit ni.

    ReplyDelete
  3. kena tanam sebab banyak khasiat.. harganya pun memang mahal

    ReplyDelete
  4. jabatan kerajaan pun ada bagi bantuan itulah yang terbaik kepada para penanam pokok ni.. pasaran memang ada sebab khasiatnya dan harga yang mahal

    ReplyDelete
  5. Kunyit mmg bagus utk.kesihatan. dia boeh panasan badan dan bagus utk sistem penghadaman. Baik utk luar dan dalam

    ReplyDelete
  6. First time AM tahu pasal kunyit hitam n khasiatnya.. Nak try pi cari tgk.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea

    ReplyDelete
  7. banyak betul khasiat kunyit hitam ni rupanya, zul baru tahu pasal ni. nanti nak minta benih boleh untuk zul tanam dkt rumah

    ReplyDelete
  8. Okay, bab2 kunyit ni saya hanya tahu yang biasa sahaja. Selalu yang serbuk beli di kedai sahaja. Haha. Nampak sangat jarang ke pasar. ini pulak baru tahu ada kunyit hitam. terima kasih berkongsi ya.

    ReplyDelete
  9. mesti susah nak dpt stock kunyit hitam ni kan. jarang nampak dkt pasaraya2 sini. Last2 tengok ada produk dh hasilkan dalam bentuk supplement, which is nice. tak perlu nk tanam sendiri da

    ReplyDelete
  10. Pertama kali dengar dan tengok pasl kunyit hitam ni.. Dah ade dekt pasaran ke? Knp tak tau.. Huhu.. Siap dah dibuat produk kesihatan... Menarik.. Banyak khasiat pulak tu

    ReplyDelete
  11. tak pernah jumpa lg kunyit hitam, banyak khasiat dia.

    ReplyDelete
  12. Salam ... saya ada jual kunyit hitam hidup dan kering dan juga anak pokok.Ramai customer yang guna kunyit hitam berjaya menyelesaikan masalah kesihatan yang paling utama sebenarnya cegah penyakit dari peringkat awal amalkan penggunaanya.Wasap 0123813457

    ReplyDelete
  13. Mouse mommy baru tahu ada kunyit hitam. Biasanya yang nampak ialah kunyit kuning. Nnt mouse mommy baca lebih tentang kunyit hitam ni. Terima kasih atas info yang diberikan.

    ReplyDelete
  14. herba ni mmg jarang diketahui umum..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian. boleh sharekan Facebook Profile?

    ReplyDelete
  16. betul tu.. kunyit hitam lagilah banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  17. harganya agak mahal berbanding kunyit biasa

    ReplyDelete
  18. ya memang banyak khasiat.. susah juga nak dapat benihnya ni

    ReplyDelete
  19. semoga perkongsian saya bermanfaat

    ReplyDelete
  20. ya.. memudahkan untuk org nak beli

    ReplyDelete
  21. pasaran biasa jarang ada.. kunyit ni orang tertentu saja biasa cari dan guna.. kebiasaannya dengan kunyit utk masak saja

    ReplyDelete
  22. ya.. memang banyak dan jarang orang guna

    ReplyDelete
  23. Artikel tentang kajian MARDI ni sebenarnya agak membingungkan. Produk ini adalah Halia Hitam atau Kunyit Hitam? Kedua-duanya berlainan dan tidak sama.

    ReplyDelete
  24. Assalam.
    saya ada pil kunyit hitam.
    boleh Whatapps saya 0192292956

    ReplyDelete
  25. terima kasih atas maklumat yang sangat bermanfaat. disini saya nak kongsikan 10 manfaat kunyit hitam yang patut anda tahu, Terbukti merawat pelbagai penyakit.

    Pasti ramai di antara kita, tidak tahu apa itu kunyit hitam, selalunya kunyit putih dan kunyit kuning paling famous oleh sebab penggunaanya yang penting di dalam masakan atau dibuat masker untuk wajah.

    Tidak seperti kunyit kuning atau kunyit putih, kunyit hitam tidak begitu terkenal di masyarakat oleh kerana penanamannya yang agak rumit dan tidak mudah untuk mendapatkan hasil.

    Tapi sebenarnya kunyit hitam juga terkenal dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit kronik mahupun ringan. Ianya telah diuji kaji oleh saintis dan mempunyai bahan aktif yang mampu membantu mengatasi penyakit kronik. Jom kita lihat 10 manfaat kunyit hitam yang berguna dalam merawat penyakit.

    1. Mengurangkan bacaan gula dalam darah
    2. Mengurangkan sakit Urat Saraf Dan Sendi
    3. Merawat masalah penghadaman seperti sembelit dan buasir
    4. Menyuburkan Organ Pembiakan
    5. Untuk Kulit Wajah dan Tubuh
    6. Mengurangkan Migraine Dan Stress
    7. Merawat Kanser dan Tumor
    8. Meningkatkan kesihatan jantung
    9. Menurunkan kolesterol
    10. Meningkatkan sistem imun badan

    untuk maklumat lanjut boleh ke website saya: superbsupplement.com

    ReplyDelete