Assalammualaikum dan Salam Sejahtera rakan pembaca semua,


Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menanam pokok kucai menggunakan biji benih. Pokok kucai antara tanaman yang paling 'sukar hidup' ditanam saya selain pokok sup dan ketumbar.


Ianya tidak semudah menanam pokok kesum dan cincau hitam.

Menanam menggunakan keratan batang atau pangkal pokok memang mudah berbanding menggunakan biji benih. Namun kepuasan jelas terasa bila biji benih yang disemai mula bercambah dan membesar dari hari ke hari.


Saya tidak berputus asa dan terus cuba menggunakan beberapa jenama biji benih kucai dan biji benih terakhir berjaya bercambah. Biji benih terakhir dari jenama Green World (kod 14) dan saya perasan ada perubahan dari segi bungkusan produk ini. Bungkusan ini di'seal' di luar dan di dalam nya ada bungkusan lain yang di'seal' juga. Kiranya ada 'double seal'.


Sebelum ini, saya pernah juga menggunakan biji benih dari jenama yang sama tetapi bungkusan yang di'seal' luar sahaja. Peratus percambahannya sangat rendah. Saya tidak salahkan kualiti biji benih ini, kemungkinan cara semaian saya silap dan media semai tidak sesuai digunakan ketika itu (saya guna tanah hitam).


Pada kali ini, saya menggunakan 'peat moss' sebagai media semaian. 'Peat moss' merupakan media semaian yang paling ideal digunakan kerana keupayaannya menyimpan lembapan.


Ini cara saya menyemai biji benih pokok kucai.




  1. Rendam biji benih dalam 6 jam (masanya subjektif, cukup sekadar mengembangkan biji benih) dalam air suam.

  2. Sediakan peatmoss dalam bekas semai.

  3. Tabur biji benih di dalam petak bekas semai dan siram secukupnya.

  4. Tutup bekas semaian dengan plastik hitam.

  5. Letak pada tempat yang tidak terkena matahari/gelap.

  6. Periksa selepas 3 hari. Jika ada percambahan, terus buka dan simpan pada tempat separa matahari (cahaya pagi sahaja).

  7. Jika media semaian kering, siram/sembur air (tidak perlu basah lencun).

  8. Selepas seminggu, pindahkan pada tempat yang terbuka.

  9. Siram setiap hari (sekali sehari cukup memadai).

  10. Pembajaan pula, saya menggunakan baja organik tahi ayam sahaja. Pembajaan seminggu sekali.

  11. Selepas berusia 3 minggu saya pindahkan ke pasu yang lebih besar. Media tanam tanah hitam, sekam padi bakar, cocopeat dan kompos.


Itulah sahaja cara mudah saya menanam pokok kucai.



Gambar-Gambar Pokok Kucai


[caption id="attachment_1151" align="aligncenter" width="2048"]Biji Benih Pokok Kucai Jenama Green World Biji Benih Pokok Kucai Jenama Green World[/caption]

[caption id="attachment_1156" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas 3 hari. Pokok Kucai bercambah selepas 3 hari.[/caption]

[caption id="attachment_1157" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas 3 hari. Pokok Kucai bercambah selepas 3 hari.[/caption]

[caption id="attachment_1153" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas seminggu Pokok Kucai bercambah selepas seminggu[/caption]

[caption id="attachment_1154" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas seminggu Pokok Kucai bercambah selepas seminggu[/caption]

[caption id="attachment_1155" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas seminggu Pokok Kucai bercambah selepas seminggu[/caption]

[caption id="attachment_1159" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas 14 hari Pokok Kucai bercambah selepas 14 hari[/caption]

[caption id="attachment_1160" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai bercambah selepas 14 hari Pokok Kucai bercambah selepas 14 hari[/caption]

[caption id="attachment_1161" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai berusia 21 hari. Pokok Kucai berusia 21 hari.[/caption]

[caption id="attachment_1162" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai berusia 21 hari. Pokok Kucai berusia 21 hari.[/caption]

[caption id="attachment_1163" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai berusia 30 hari (1) Usia 30 hari[/caption]

[caption id="attachment_1164" align="aligncenter" width="2048"]Pokok Kucai berusia 30 hari Usia 30 hari[/caption]

==



Fakta Mengenai Kucai


Kucai (Tulisan Jawi:كوچاي) adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.


Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.


Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.


Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.


Kucai adalah tumbuhan saka (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaan pertumbuhannya dijagai.


Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.


Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotena dan unsur belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.


Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.


Sumber : Wikipedia



Tonton Video Kami Di Youtube